Pelancaran Program NILAM 2010 dan Perasmian Serambi NILAM SMK Taman Keramat


Pada hari Isnin , 8 Februari 2010 , Yang Berbahagia Dato' Haji Abu Samah bin Bacik , Timbalan Pengerusi Gabungan NGO Daerah Gombak telah melancarkan Program NILAM Tahun 2010 dan merasmikan Serambi NILAM SMK Taman Keramat . Acara pada hari itu dimulakan dengan alunan Surah Al-'Alaq oleh Mohd Aimal Zulkifli dan Mohd Ridzwan dari tingkatan 5Cerdas . Selepas itu Ainnur Thaqifha telah membuat ulasan sebuah buku fiksyen . Puan Normah binti Omar , pengetua SMK Taman Keramat telah menyampaikan ucapan . Selepas itu Program NILAM dilancarkan dan Serambi NILAM SMK Taman Keramat dirasmikan . Beberapa ekor ikan telah dilepaskan ke dalam akuarium sebagai simbolik upacara pelancaran pada hari tersebut . Selepas itu adalah acara lawatan ke Serambi NILAM yang terdapat dalam Bilik Bahan Bantu Mengajar atau Pusat Sumber Guru.


Para guru, AJK PIBG, dan para pelajar sedang menunggu ketibaan tetamu kehormat.


Tetamu kehormat disambut oleh guru-guru dan diiringi dengan paluan kompang oleh para pelajar.

Ucapan oleh Puan Normah binti Omar, Pengetua SMK Taman Keramat.


Penerimaan cenderahati.



Upacara memindahkan ikan emas ke dalam akuarium.

Majlis diserikan lagi dengan alunan kalamullah oleh wakil pelajar.


Tetamu kehormat sedang menurunkan tandatangannya.

Tetamu diiringi ke kelas di Blok A untuk melawat Sudut Nilam yang disediakan.


Sebelum bersurai, para guru, AJK PIBG, dan tetamu dijamu di makanan.