Bulan Membaca dan Pusat Sumber Tahun 2011

Perasmian Bulan Membaca dan Pusat Sumber SMK Taman Keramat telah diadakan pada 18 Julai 2011. Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Mursiedy bin Ab Hamid, Pengetua SMK Taman Keramat. Sempena Majlis diteruskan dengan pemberian sumbangan buku daripada En. Mursiedy dan ketua-ketua bidang untuk diletakkan di Serambi Nilam. Bacaan secara beramai-ramai dan kuiz turut diadakan semasa majlis berlangsung.






Perasmian Pondok Membaca Sempena Hari Koperasi, Karnival, Kokurikulum dan Kerjaya, 4K



Pada 26 Jun 2011, SMK Taman Keramat telah mengadakan Hari Koperasi , Karnival, Kokurikulum dan Kerjaya 4K. Bersempena dengan hari tersebut, Pondok Membaca salah satu rangkaian Pusat Sumber Al-Wazzan telah dirasmikan oleh penyanyi Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali @ Ana Raffali. Majalah dan buku cerita telah diletakkan di pondok ini untuk kegunaan seluruh warga SMK Taman Keramat.