Perasmian Pondok Membaca Sempena Hari Koperasi, Karnival, Kokurikulum dan Kerjaya, 4K



Pada 26 Jun 2011, SMK Taman Keramat telah mengadakan Hari Koperasi , Karnival, Kokurikulum dan Kerjaya 4K. Bersempena dengan hari tersebut, Pondok Membaca salah satu rangkaian Pusat Sumber Al-Wazzan telah dirasmikan oleh penyanyi Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali @ Ana Raffali. Majalah dan buku cerita telah diletakkan di pondok ini untuk kegunaan seluruh warga SMK Taman Keramat.