Al Wazzan - Tokoh Cendiakawan Islam

Nama Pusat Sumber Al-Wazzan diambil sempena

Tokoh Cendiakawan Islam al-Hassan Ibn Muhammad al-Wazzan Gharnathi


1-Siapa Leo Africanus?

Nama Leo Africanus yang sebenar ialah al-Hassan Ibn Muhammad al-Wazzan al-Gharnathi. Dilahirkan di Granada sekitar 1490-an semasa era kejatuhan kerajaan Islam Granada ke tangan tentera Katolik Sepanyol.Situasi kekacauan tersebut menyebabkan beliau terpaksa beralih ke dunia Islam bagi menyelamatkan diri dan akidah mereka. Destinasi utama ialah kota Fes, Maghribi. Keluarga Leo Africanus agak beruntung kerana salah seorang bapa saudaranya ketika itu memegang jawatan rasmi dalam pentadbiran kerajaan Bani Wattas yang berpusat di kota Fes. Keadaan tersebut membuatkan beliau mudah diberi tugasan sebagai pengiring diplomatik kerajaan Maghribi ke wilayah-wilayah luar.


2-Kehidupan Awal

Menghabiskan zaman remajanya dengan menuntut ilmu di Masjid Quaraouine (al-Qurawwiyin) yang terkenal sebagai pusat pengajian selepas Masjid Al-Azhar, Mesir dan Masjid al-Zaitunah, Tunsia. Sebagai seorang pelajar, Leo turut bekerja sambilan sebagai setiausaha di sebuah Maristane (hospital kebajikan) di tengah kota Fes. Apabila genap 20-an, beliau berjaya berkhidmat dengan pentadbiran kerajaan Bani Wattas bagi urusan perdagangan dan hubungan diplomatik dua hala antara kerajaan Islam.


3-Pengalaman Politik

Kebanyakan jelajahnya dilakukan menerusi misi diplomatik kerajaan Bani Wattas dalam bentuk delegasi kecil ke serata ceruk Afrika. Dalam usia yang begitu muda, tidak pelik kerana beliau berpeluang menjawat jawatan yang disandang bapa saudaranya yang sudah lama berkhidmat dalam pentadbiran Istana Sultan.


4-Karya Dan Sumbangannya

(a) Keterangan Afrika
(b) Keterangan Timur Tengah dan Eropah
(c) kamus ringkas Arab-Ibrani-Latin ; menjelaskan istilah perubatan era tersebut
(d) risalah terjemahan bahasa Arab "Risalah oleh St.Paul"
(e) De viris quibusdam illustribus apud Arabes ; biografi ringkas 25 orang sarjana Islam dan 5 orang sarjana Yahudi