Pelancaran Serambi NILAM SMK Taman Keramat

Pada 07/February/2010, SMK Taman Keramat telah melancarkan Program Nilam untuk tahun 2010. Program ini dijalankan untuk memupuk semangat membaca dalam kalangan pelajar dan rakan-rakan di sekolah. Beberapa acara juga turut diadakan seperti pembacaan sinopsis oleh Ainnur Thaqifha dari kelas 4Arif. Sempena dengan pelancaran program tersebut pihak sekolah dan pusat sumber telah menyediakan sebuah ruang di Pusat Sumber Guru yang dinamakan sebagai SERAMBI NILAM . SERAMBI NILAM adalah sebuah tempat yang menyediakan bahan-bahan untuk program nilam yang boleh digunakan oleh pelajar dan guru. Ianya dirasmikan oleh Dato' Haji Abu Samah bin Bacik, Timbalan Pengerusi Gabungan NGO Daerah Gombak. Selepas acara selesai, Dato' Haji Abu Salmah bin Bacik telah pergi melawat sudut nilam di sekitar kelas di Blok A .