Pelancaran Bulan Membaca dan Perasmian Serambi Bahasa



Pada 12 Julai 2010 yang lalu , Pusat Sumber SMK Taman Keramat telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Membaca dan Perasmian Serambi Bahasa . Bulan membaca tahun 2010 telah dilancarkan oleh Encik Ramli bin Salam , YDP PIBG SMK Taman Keramat . Majlis ini diiringi oleh penyampaian pin dan sijil kepada pelajar-pelajar yang berjaya memperoleh Gangsa , Perak , Emas dan NILAM . Sijil dan hadiah turut diberikan kepada kelas yang paling banyak membaca dan pembaca terbanyak untuk setiap tingkatan . Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang Bulan Membaca seperti pertandingan cerpen , mengulas buku , pertandingan pantun , pertandingan mengeja , dan teka silang kata . Serambi ini boleh dijadikan tempat untuk pelajar-pelajar mengulangkaji pelajaran di luar waktu persekolahan . Malah , serambi ini juga dipenuhi info dan nota yang telah disumbangkan oleh guru-guru Bahasa .



En. Ramli bin Salam, selaku YDP PIBG & Puan Normah binti Omar, Pengetua SMK Taman Keramat sedang menarik riben bagi membuka 'banner' Bulan Membaca.

'Banner' yang telah dibuka.

Barisan pengawas perpustakaan yang bertugas bagi Pelancaran Serambi Bahasa ini.

Perasmian Serambi Bahasa oleh YDP PIBG SMK Taman Keramat.


Sebagai simbolik perasmian, tandatangan diturunkan.

Artikel-artikel yang dipamerkan di Serambi Bahasa.