Kursus Kepimpinan Anjuran bersama Pusat Sumber dan Koperasi SMK Taman Keramat

Pusat Sumber Al-Wazzan, SMK Taman Keramat dan Koperasi Sekolah telah bersama-sama mengajurkan 2 buah kursus untuk Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Koperasi di Pusat Sumber SMK Taman Keramat. Kursus Tatacara Pengurusan Mesyuarat dan Minit Mesyuarat telah diadakan pada 1 April 2011 dan Kursus Pengurusan Kedai Koperasi telah diadakan pada 6 Mei 2011. Dua orang pegawai dari Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia telah memberi ceramah untuk kedua-dua kursus tersebut.