Pelancaran Program Nilam SMK Taman Keramat 2011

Pada hari Isnin 8 Februari 2011, Puan Hamidah Husin, Penolong Kanan SMK Taman Keramat telah melancarkan Program NILAM SMK Taman Keramat Tahun 2011. Selepas upacara memotong bunting pelancaran , empat kotak yang berisi bahan bacaan telah dibuka oleh Puan Nurainun Abdullah Guru Kanan Bahasa, Puan Soleha Asmat, Guru Kanan Kemanusiaan, Puan Rahani Ibrahim, Guru Kanan Teknik dan Vokasional dan Cik Hamidah Hamid, Guru Kanan Sains Dan Matematik. Ini adalah simbolik yang menunjukkan keempat-empat bidang tersebut akan bersama-sama membantu melaksanakan Program NILAM SMK Taman Keramat pada tahun ini. Empat orang ahli Silat telah meletakkan kotak-kotak tersebut ke Serambi Bahasa, Pondok Mawardah dan pondok-pondok lain di SMKTaman Keramat. Ini akan memudahkan pelajar-pelajar membaca bahan-bahan bacaan tersebut untuk Program NILAM.