Pusat Sumber Al-Wazzan, SMK Taman Keramat, Persatuan Sejarah , Persatuan Bahasa Inggeris dan Kelab Pelancongan telah bersama-sama mengajurkan Program Jejak Sumber Sejarah Perak pada 8 Jun 2011 hingga 9 jun 2011. Program ini disertai oleh 3 orang guru pengiring dan 40 orang pelajar yang terdiri daripada Pengawas Pusat Sumber, ahli Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Sejarah dan Kelab Pelancongan. Pada 8 Jun 2011, para para peserta program ini telah mengunjungi Taman Tema Air Lost World of Tambun, di Tambun Perak. Selepas itu para peserta program telah meneruskan perjalanan ke Bandar Diraja Kuala Kangsar. Mereka telah menginap di Perak Riverside Resort , sebuah resort yang terletak di tepi Sungai Perak. Pada 9 Jun 2011, para peserta Program Jejak Sumber Sejarah Perak telah dibawa ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Kuala Kangsar. Pelajar-pelajar telah melawat Kampung Kuala Bendang Sayong . Pelajar-pelajar telah berpeluang melihat proses pembuatan labu sayong dan mereka turut diberi peluang untuk membuat beberapa labu sayong sendiri. Destinasi seterusnya ialah Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan. Galeri ini memberi maklumat tentang sejarah dan susur paur Kesultanan Perak dan ianya adalah istana konkrit ..yang pertama di Negeri Perak. Seterusnya para pelajar telah singgah di Istana Kenangan atau Istana Kuning. Istana ini dibina tanpa menggunakan walau sebatang paku. Seterusnya para pelajar dan guru-guru singgah di Masjid Ubudiah di Bukit Chandan. Masjid ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah pada tahun 1917. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti keindahan senibina Islam. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur , para peserta Program Jejak Sumber Sejarah Perak telah berhenti rehat di R&R Sungai Perak.